Amaran ribut petir, hujan lebat lima daerah Selangor hingga 1 pagi

24 Nov 2026, 3:30 PM
Amaran ribut petir, hujan lebat lima daerah Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 24 NOV: Lima daerah di Selangor dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 1 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran yang dikeluarkan memaklumkan kawasan terlibat ialah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan Kuantan di Pahang serta seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga jam 2 pagi esok.

Di Sarawak, kawasan terlibat termasuk Sri Aman, Song dan Bukit Mabong di Kapit, Kanowit di Sibu, Julau di Sarikei serta Tatau di Bintulu.

Amaran turut meliputi Limbang, Marudi dan Miri, selain Matu, Daro, Dalat dan Tanjung Manis di Mukah serta Betong, Kabong dan Pusa.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.