Banjir Selangor: 1,456 mangsa berlindung di lapan PPS

26 Nov 2026, 12:19 AM
Banjir Selangor: 1,456 mangsa berlindung di lapan PPS

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 1,456 mangsa banjir daripada 414 keluarga berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di Selangor, setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan maklumat portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Langat merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 799 individu daripada 245 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang menempatkan 783 mangsa daripada 241 keluarga, manakala Balai Raya Kampung Sungai Kelambu menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

Di Kuala Selangor, seramai 449 mangsa daripada 110 keluarga berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Rendah Agama Pasangan, SK Dato’ Maharaja Lela dan Sekolah Agama Batu 8 Ijok.

Sementara itu, tiga PPS yang dibuka di Sepang semalam menempatkan 206 mangsa daripada 58 keluarga.

Dewan Orang Ramai Kampung Dato’ Ahmad Razali menempatkan 122 mangsa, diikuti Dewan Orang Ramai Dengkil (51) dan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (33).

Keseluruhannya, lima mukim terjejas di tiga daerah berkenaan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.