SHAH ALAM, 25 NOV: Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor kembali beroperasi malam ini selepas ditutup sementara sejak 20 November lalu akibat cuaca tidak mengizinkan.
Menurut pemakluman terbaharu, pusat pelancongan berkenaan dibuka semula kepada pengunjung bermula jam 7.30 malam hingga 10.30 malam.
Pada 20 November lalu, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengumumkan penutupan sementara pusat pelancongan berkenaan berikutan faktor cuaca.
Ketika itu, MPKS memaklumkan penutupan berkuat kuasa sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian.
“Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan ditutup sementara pada 20 November 2026 sehingga diberitahu kelak berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan,” menurut notis berkenaan.








