Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan ditutup sementara mulai hari ini

20 Nov 2026, 7:13 AM
Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan ditutup sementara mulai hari ini

SHAH ALAM, 20 NOV: Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor ditutup sementara bermula hari ini berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan penutupan itu berkuat kuasa sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pusat Pelancongan Santuari Kelip-Kelip, Kampung Kuantan ditutup sementara pada 20 November 2026 sehingga diberitahu kelak berikutan faktor cuaca yang tidak mengizinkan,” menurut notis yang dikeluarkan MPKS hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelancong yang merancang untuk mengunjungi pusat pelancongan berkenaan dinasihatkan mengambil maklum mengenai penutupan sementara tersebut.

MPKS turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penutupan itu.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.