Mangsa banjir Selangor menurun kepada 1,370 orang, sembilan PPS masih dibuka

24 Nov 2026, 1:15 AM

SHAH ALAM, 24 NOV: Mangsa banjir di Selangor menurun kepada 1,370 orang daripada 392 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah, setakat jam 8.30 pagi ini.

Berdasarkan data portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,354 mangsa di lapan PPS, manakala 16 mangsa daripada empat keluarga di Kuala Langat.

Di Kuala Selangor, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela menempatkan mangsa paling ramai iaitu 385 orang daripada 98 keluarga, diikuti SK Parit Mahang dengan 274 mangsa daripada 71 keluarga.

PPS SK Sultan Abdul Aziz pula merekodkan 219 mangsa, Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (100), Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Kuching (84) dan Sekolah Agama Batu 8 Ijok (120).

Selain itu, SRA Pasangan menempatkan 126 mangsa dan KAFA Integrasi Hidayah Bukit Cherakah (46).

Sementara itu, PPS Balai Raya Kampung Sungai Kelambu di Kuala Langat masih menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

Semalam, Media Selangor melaporkan seramai 1,594 mangsa daripada 448 keluarga ditempatkan di 12 PPS di dua daerah setakat jam 8.30 pagi, dengan Kuala Selangor merekodkan jumlah tertinggi.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.