SHAH ALAM, 18 NOV: Jumlah mangsa banjir di Selangor meningkat kepada 1,375 orang daripada 363 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi ini.
Berdasarkan data Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuala Selangor merekodkan mangsa tertinggi iaitu 1,170 orang daripada 314 keluarga membabitkan tujuh PPS.
Jumlah mangsa banjir di daerah itu meningkat 264 orang berbanding 1,111 orang yang direkodkan jam 5 petang semalam di enam PPS.
Selain itu Klang merekodkan 182 mangsa daripada 44 keluarga membabitkan sebuah PPS manakala Gombak melibatkan 23 mangsa daripada lima keluarga di dua PPS.
Menurut portal berkenaan, di Kuala Selangor, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela menempatkan mangsa paling ramai iaitu 355 orang diikuti SK Parit Mahang (343), SRA Bukit Kuching (182), KAFA Integrasi Hidayah, Bukit Cherakah (115), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (85), Dewan Orang Ramai Seri Harmoni (63) dan SRA Batu 8 Ijok (7).
Di Klang, seramai 182 mangsa ditempatkan di Dewan Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun sementara di Gombak pula, dua PPS dibuka iaitu SK Batu Arang (12) serta Dewan MPKK Kampung Permata Kundang (11).










