Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini

20 Nov 2026, 1:31 AM
Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini
Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini
Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini
Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini
Banjir Selangor: 1,874 mangsa berlindung di 14 PPS pagi ini

SHAH ALAM, 20 NOV: Jumlah mangsa banjir di Selangor merekodkan 1,874 orang daripada 513 keluarga setakat jam 8.50 pagi ini berbanding 1,652 orang daripada 437 keluarga pagi semalam.

Berdasarkan data portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 14 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Gombak.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan 222 mangsa daripada 76 keluarga, manakala bilangan PPS meningkat daripada 11 kepada 14.

Kuala Selangor merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan tujuh PPS dibuka, diikuti Klang (dua) serta Kuala Langat dan Gombak masing-masing satu.

Di Kuala Selangor, Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Maharaja Lela menempatkan 394 mangsa, diikuti SK Parit Mahang (365), Sekolah Rendah Agama Bukit Kuching (236), Dewan Orang Ramai Bukit Kuching Tengah (137) dan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (125).

Sementara itu, di Klang, seramai 91 mangsa ditempatkan di Dewan Masjid An-Naim Kampung Jalan Kebun, manakala 130 lagi berlindung di SK Sungai Binjai.

Kuala Langat pula merekodkan 31 mangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Jaya Sepakat, Sijangkang dan Balai Raya Kampung Sungai Kelambu (20).

Di Gombak, seramai 25 mangsa ditempatkan di SK Batu Arang, Rawang.

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara turut menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir di Sepang, Kuala Langat dan Gombak supaya berwaspada susulan amaran kemungkinan banjir yang dikeluarkan bermula petang kelmarin hingga 11.59 malam Sabtu ini.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.