Orang ramai dinasihat waspada akaun palsu KSU Perbendaharaan di Threads

22 Nov 2026, 11:17 AM
Orang ramai dinasihat waspada akaun palsu KSU Perbendaharaan di Threads

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan akaun palsu di platform Threads yang menggunakan nama serta gambar Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di Facebook hari ini meminta orang ramai tidak berkongsi sebarang maklumat peribadi atau berinteraksi dengan akaun berkenaan.

"MoF turut menggesa orang ramai agar tidak mengikuti, mempercayai atau menyebarkan sebarang kandungan daripada akaun palsu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan penyalahgunaan identiti.

"Pastikan setiap maklumat yang diterima disemak melalui saluran komunikasi rasmi Kementerian Kewangan," menurut hantaran itu.

Hantaran itu turut memuat naik tangkap layar akaun palsu tersebut yang menggunakan nama dan gambar Johan.

-- BERNAMA

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.