Kelenjar Hujan

21 Nov 2026, 12:30 AM
Kelenjar Hujan

Oleh Idaidayu MD

Ilustrasi Muizzah

hujan masuk

ke liang sawah

padi mulai demam

lama terkurung bau tanah

seekor kambing mengunyah petang

seperti mesin tua

letih menghadam musim

awan berarak

bak sel darah putih

memburu luka panas

di tubuh atmosfera

koir kekatak –

amaran awal

dari makmal purba

dan hanyalah tubuh manusia

tanah lembut

cuba menakung air

sebelum tenggelam.

Kategoriseni budaya

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.