SERVE diaktifkan hingga Mac depan, siap siaga bantu mangsa banjir

20 Nov 2026, 12:00 PM
SERVE diaktifkan hingga Mac depan, siap siaga bantu mangsa banjir
SERVE diaktifkan hingga Mac depan, siap siaga bantu mangsa banjir

SHAH ALAM, 20 NOV: Kerajaan Negeri mengaktifkan pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE) sehingga Mac tahun depan bagi membantu kerja pembersihan kediaman dan kemudahan awam yang terjejas akibat banjir.

EXCO Pengurusan Bencana, Najwan Halimi berkata pasukan di bawah penyeliaan Majlis Sukan Negeri Selangor menerusi unit pembangunan belia itu bersiap siaga untuk digerakkan apabila berlaku bencana.

Menurutnya, SERVE sebelum ini turut dikerahkan membantu penduduk Kampung Melayu Subang, Kota Damansara yang terjejas akibat banjir awal bulan ini.

“Baru-baru ini ketika banjir melanda Kampung Melayu Subang, kita turut mengerahkan pasukan sukarelawan untuk membantu kerja pembersihan kediaman dan kemudahan awam seperti surau serta dewan.

“Sehingga Mac ini, kita sudah mengaktifkan pasukan sukarelawan supaya mereka sentiasa bersiap sedia sekiranya berlaku banjir dan sebagainya,” katanya.

Najwan berkata pengaktifan SERVE merupakan antara langkah persediaan Kerajaan Negeri bagi memastikan bantuan tenaga sukarelawan dapat disalurkan dengan segera apabila diperlukan.

Katanya, tumpuan diberikan kepada kerja pembersihan rumah penduduk dan kemudahan awam selepas banjir surut.

Terdahulu, Media Selangor melaporkan banjir kilat di Kampung Melayu Subang pada 2 November lalu menjejaskan kira-kira 92 rumah di empat kawasan dengan paras air mencecah satu meter.

Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan barangan rumah, selain memaksa penduduk membersihkan kediaman masing-masing selepas air surut.

Kategoriexco

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.