Banjir Kuala Selangor: 18 rekod kawasan surut, enam masih meningkat

20 Nov 2026, 6:10 AM
Banjir Kuala Selangor: 18 rekod kawasan surut, enam masih meningkat

SHAH ALAM, 20 NOV: Sebanyak 18 kawasan yang dilanda banjir di daerah Kuala Selangor sejak awal November dilaporkan surut sepenuhnya setakat jam 9 pagi ini.

Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Selangor, 11 kawasan masih belum surut sepenuhnya dengan enam menunjukkan trend peningkatan paras air, tiga mencatatkan penurunan manakala dua lagi kekal statik.

Antara kawasan yang masih menunjukkan trend peningkatan paras air ialah Kampung Jaya Setia, Kampung Rantau Panjang, Kampung Bukit Hijau, Batu 7 Kampung Ijok, Jalan Bahagia di Kampung Parit Mahang serta Jalan Makmur dan Jalan Surau di Kampung Parit Mahang.

Sementara itu, kawasan yang menunjukkan trend penurunan paras air ialah Kampung Harmoni di Jalan Rukun, Jalan Kenangan di Kampung Parit Mahang dan Taman Pancaran, Bestari Jaya.

Dua kawasan yang merekodkan paras air statik pula ialah Jalan Parit Baru di Kampung Bukit Kuching Tengah dan Jalan Masjid, Kampung Bukit Hijau.

Antara kawasan yang telah pulih sepenuhnya ialah Kampung Merbau Indah Tambahan, Taman Saujana Aman, Kawasan Industri Batu 22 Ijok, Taman Seri Alam, Perumahan Maple Hillpark dan Perumahan Saujana Perdana.

Turut dilaporkan surut sepenuhnya ialah Kampung Jaya Setia, Kampung Bukit Kerayong, Persiaran Mokhtar Dahari dan Kampung India, Bukit Badong berdasarkan rekod kejadian terdahulu.

Laporan JPS itu merangkumi pemantauan kawasan banjir yang direkodkan pada 4 hingga 19 November, dengan status terkini dikemas kini pada jam 9 pagi, 20 November 2026.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.