Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

7 Nov 2026, 10:11 AM
Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam
Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam
Hujan lebat, ribut petir di Selangor, KL, Putrajaya hingga 7 malam

KUALA LUMPUR, 7 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Amaran sama turut dikeluarkan di Kelantan melibatkan Gua Musang, Pasir Puteh, Machang, Jeli, Kota Bharu dan Bachok manakala di Terengganu melibatkan Kemaman dan Dungun.

Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Maran, Rompin, Bera, Pekan dan Kuantan manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Tampin dan Jempol.

Sementara itu, di Johor, cuaca buruk dijangka melanda Tangkak, Segamat dan Pontian.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Serian (Tebedu), Kuching (Kuching dan Bau), Limbang, Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau, Pakan dan Sarikei), Betong serta Bintulu (Sebauh).

Keadaan cuaca serupa juga dijangka menjejaskan kawasan Pedalaman, Sandakan, Pantai Barat dan Tawau (Kalabakan) di Sabah.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Labuan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.