Mangsa banjir meningkat kepada 4,234 orang di empat negeri petang ini

7 Nov 2026, 7:32 AM

SHAH ALAM, 7 NOV: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,234 orang membabitkan 253 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri setakat jam 2.30 petang ini.

Angka itu meningkat berbanding 1,252 orang daripada 335 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di dua negeri setakat jam 7.30 pagi tadi.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan empat negeri terjejas ialah Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.

Daripada jumlah mangsa, 746 adalah wanita dewasa termasuk warga emas, 584 lelaki dewasa termasuk warga emas, 1,099 kanak-kanak perempuan, 418 kanak-kanak lelaki, 507 bayi perempuan dan 880 bayi lelaki.

Selangor merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,834 orang daripada 137 keluarga yang ditempatkan di empat PPS membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Gombak dan Sabak Bernam.

"Perak pula mencatatkan 272 mangsa daripada 80 keluarga dengan tiga PPS dibuka di dua daerah iaitu Hilir Perak dan Manjung," menurut maklumat terbabit, lapor Berita Harian.

Sabah merekodkan 121 mangsa daripada 35 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Tawau.

Sarawak mencatatkan tujuh mangsa daripada sebuah keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS di daerah Miri.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.