Polis rampas dadah bernilai lebih RM340,000, tahan 10 individu

16 Nov 2026, 9:13 AM
Polis rampas dadah bernilai lebih RM340,000, tahan 10 individu

CHUKAI, 16 NOV: Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM340,607 dan menahan 10 individu termasuk sepasang suami isteri dalam enam siri serbuan di sekitar daerah Kemaman sejak 29 Okt hingga 14 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata kesemua serbuan itu dijalankan hasil operasi berterusan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata rampasan terbesar melibatkan 4.03 kilogram pil yaba bernilai RM302,560 dalam serbuan di Kampung Jaya di sini pada 29 Okt lepas yang membawa kepada penahanan sepasang suami isteri berusia 28 dan 29 tahun.

"Polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi dan dua motosikal yang dianggarkan bernilai RM39,000 dalam serbuan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata serbuan seterusnya pula menyaksikan lapan lelaki berusia 25 hingga 51 tahun ditahan termasuk dua suspek yang dipercayai mendapatkan bekalan dadah menerusi perkhidmatan penghantaran barangan.

Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek yang ditahan dalam enam serbuan itu positif dadah jenis metamfetamina," katanya.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.