Dua ahli keluarga bakal didakwa bunuh warga emas

16 Nov 2026, 7:45 AM
Dua ahli keluarga bakal didakwa bunuh warga emas

SHAH ALAM, 16 NOV: Dua daripada tiga ahli keluarga yang ditahan berhubung kes seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an yang dipercayai dipukul sehingga meninggal dunia pada 4 November lalu bakal didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, arahan untuk mendakwa kedua-dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita diberikan Timbalan Pendakwa Raya selepas meneliti kertas siasatan kes tersebut.

Alzafny berkata, manakala seorang lagi suspek wanita yang ditahan reman sebelum ini akan dijadikan saksi pendakwaan.

“Dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaan pada 13 November lalu untuk penelitian dan arahan lanjut sebelum arahan pertuduhan diberikan terhadap dua individu terbabit,” katanya kepada pemberita di sini hari ini, lapor KOSMO! ONLINE.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.