Klinik Kesihatan di Klang sesak: JKNS perjelas caj, keutamaan rawatan

15 Nov 2026, 9:00 AM
Klinik Kesihatan di Klang sesak: JKNS perjelas caj, keutamaan rawatan

SHAH ALAM, 15 NOV: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjelaskan pesakit bukan warganegara dikenakan caj RM40 bagi setiap kedatangan ke Klinik Kesihatan (KK) berbanding RM1 untuk warganegara Malaysia.

Bagaimanapun katanya, pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan atau intervensi segera tetap diberi keutamaan berdasarkan penilaian klinikal tanpa mengira status kewarganegaraan.

Menurutnya, kadar caj perkhidmatan bagi bukan warganegara ditetapkan mengikut peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

"Selaras dengan prinsip No Wrong Door Policy, setiap pesakit yang hadir diberikan penilaian awal bagi menentukan keperluan rawatan.

"Keutamaan diberikan berdasarkan tahap kecemasan dan keperluan klinikal, dengan keselamatan pesakit sebagai pertimbangan utama," katanya dalam kenyataan.

JKNS menjelaskan perkara itu susulan perkongsian di media sosial berhubung kesesakan serta kehadiran pesakit bukan warganegara di KK daerah Klang.

Menurut JKNS, dalam keadaan permintaan tinggi, pesakit bukan warganegara yang stabil dan tidak memerlukan rawatan segera boleh diberikan penerangan mengenai pilihan perkhidmatan lain yang bersesuaian, termasuk kemudahan swasta.

Katanya, langkah itu dilaksanakan tanpa menjejaskan akses mereka kepada perkhidmatan kesihatan awam mengikut tatacara yang berkuat kuasa.

"Bagaimanapun, pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan atau intervensi segera tetap diberi keutamaan berdasarkan penilaian kritikal tanpa mengira status kewargangeraan," katanya.

JKNS turut menghargai maklum balas masyarakat dan kekal komited menyediakan perkhidmatan kesihatan primer yang responsif, inklusif, selamat serta berkualiti demi kesejahteraan semua.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.