UIS-UIN Raden Fatah Palembang meterai MoA penyelidikan herba sebagai terapi kanser

14 Nov 2026, 1:20 PM
UIS-UIN Raden Fatah Palembang meterai MoA penyelidikan herba sebagai terapi kanser
UIS-UIN Raden Fatah Palembang meterai MoA penyelidikan herba sebagai terapi kanser

SHAH ALAM, 14 NOV: Universiti Islam Selangor (UIS) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Universitas Islam Negeri (UIN) Raden Fatah Palembang, Indonesia bagi mengkaji potensi herba dan air doa munajat sebagai pendekatan terapi terhadap sel kanser payudara.

Menurut UIS penyelidikan bertajuk ‘Pendekatan Tibb Nabawi Berasaskan Herba dan Air Doa Munajat sebagai Terapi Sel Kanser Payudara (MCF-7)’ itu, turut menggabungkan khazanah ilmu berteraskan tradisi Islam, khususnya Tibb Nabawi, dengan pendekatan penyelidikan saintifik moden.

“Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada kajian potensi herba dan air doa munajat terhadap sel kanser payudara MCF-7 melalui pendekatan penyelidikan makmal yang sistematik dan berasaskan bukti saintifik.

“Usaha ini turut menggabungkan khazanah ilmu berteraskan tradisi Islam, khususnya Tibb Nabawi, dengan pendekatan penyelidikan saintifik moden,” katanya di Facebook.

Menurut UIS MoA itu ditandatangani oleh Naib Canselor UIS, Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, manakala pihak UIN Raden Fatah Palembang diwakili rektornya, Profesor Dr. Muhammad Adil.

Mohd Farid Ravi dalam ucapannya berkata kerjasama itu membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, penghasilan penerbitan ilmiah dan pembangunan penyelidikan rentas negara.

“Hasil penyelidikan yang dijalankan diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan menjadi asas kepada kajian lanjutan dalam bidang berkaitan,” katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.