1,000 anak Selangor nikmati insentif masuk UIS

7 Jul 2026, 4:23 AM
1,000 anak Selangor nikmati insentif masuk UIS

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seramai 1,000 anak Selangor dan pemastautin berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS) dengan menikmati pelbagai insentif termasuk pembiayaan yuran pendaftaran bagi pengambilan baharu sesi 2026.

UIS menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tawaran itu melibatkan program diploma dan ijazah sarjana muda.

Menurut universiti itu, penerima turut layak mendapat bantuan asas yuran universiti sebanyak RM500 bagi setiap semester.

Selain itu, mereka turut menikmati diskaun 50 peratus yuran pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta bantuan khas sekali bayar RM1,000 bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

UIS memaklumkan ambilan kedua bagi program asasi, diploma dan ijazah sarjana muda bermula 11 Julai, manakala pendaftaran secara walk-in untuk program diploma dan ijazah sarjana muda dibuka dari 13 hingga 24 Julai.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://study.uis.edu.my.

Kategorihebahan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.