Langgar periuk api di Selat Hormuz, dua kapal tangki minyak terbakar - Iran

14 Nov 2026, 12:33 PM
Langgar periuk api di Selat Hormuz, dua kapal tangki minyak terbakar - Iran

ISTANBUL, 14 NOV: Tentera Laut Iran pada Sabtu memaklumkan bahawa dua kapal tangki minyak terbakar di bahagian timur Selat Hormuz selepas terlanggar periuk api atau ranjau laut, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.

“Kebakaran dan letupan adalah akibat yang menanti kapal tangki yang terlibat dalam kegiatan haram, mematikan sistem pengesanan mereka dan beroperasi di kawasan larangan,” menurut tentera laut itu dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Iran, Tasnim.

Kenyataan itu tidak mendedahkan identiti kapal tangki berkenaan, negara pendaftarannya atau tahap kerosakan yang dialami. Tiada pengesahan bebas segera mengenai insiden itu.

Selat Hormuz, laluan perkapalan strategik yang menghubungkan Teluk dengan Teluk Oman, berdepan gangguan berulang sejak serangan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran bermula pada 28 Feb.

Pasukan Iran sebelum ini turut melaporkan insiden seumpama itu yang membabitkan kapal komersial memasuki perairan larangan, manakala ketegangan berhubung akses maritim dan sekatan tentera laut AS terus menjadi isu utama dalam usaha diplomatik antara Tehran dengan Washington.

-- BERNAMA-ANADOLU

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.