ISTANBUL, 18 SEPT: Sebuah kapal tangki terkena "projektil yang tidak diketahui" di Selat Hormuz sehingga mencetuskan kebakaran di atas kapal, menurut Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.
"Kebakaran itu telah dipadamkan. Semua anak kapal dilaporkan selamat dan kesan terhadap alam sekitar masih belum dapat dipastikan buat masa ini," menurut UKMTO dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi platform X.
UKMTO menggesa kapal yang melalui kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan "melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada UKMTO ketika pihak berkuasa menjalankan siasatan."
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian itu diperoleh setakat ini.







