Kepala air Sungai Pertak: SAR mangsa terakhir diteruskan hari ini - JPBM

14 Nov 2026, 5:08 AM
Kepala air Sungai Pertak: SAR mangsa terakhir diteruskan hari ini - JPBM

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Hulu Selangor diteruskan pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata operasi bermula pada 8 pagi dengan menggerakkan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pencarian di Sektor C.

Beliau berkata operasi yang terarah pada dua sektor pencarian itu juga melibatkan tinjauan dan pencarian di permukaan air di kawasan dikenal pasti menggunakan bot.

“Dron turut digunakan bagi membantu operasi dari udara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata sebanyak 29 anggota dan pegawai daripada JBPM Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat hari ini.

Pencarian juga melibatkan enam bot daripada JBPM Selangor, APM dan PDRM serta sebuah dron.

Semalam, mayat mangsa ketujuh insiden itu yang dipercayai warga India ditemukan di Sektor C pada 3.40 petang, menjadikan hanya seorang daripada lapan mangsa masih hilang.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.