Kepala air Sungai Pertak: SAR dua lagi mangsa diteruskan - JPBM

13 Nov 2026, 3:58 AM
Kepala air Sungai Pertak: SAR dua lagi mangsa diteruskan - JPBM

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa kepala air di Sungai Luit berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, Hulu Selangor diteruskan pagi ini dengan tumpuan kepada dua sektor pencarian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata operasi bermula 7 pagi tadi turut melibatkan dua anjing pengesan daripada Unit Anjing Pengesan (K9) serta Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Malaysia (STORM).

Operasi juga melibatkan Selangor Special Incident and Emergency Response Rapid Team (SIERRA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dan Malim Gunung Perhutanan (MGP).

“Dua unit dron Pasukan Gerakan Udara akan turut melaksanakan pencarian di permukaan air di Sektor D,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ashrul Riezal berkata mayat lelaki ditemukan pada 10.15 pagi semalam ialah warga Yaman.

Dalam kejadian pada 5.30 petang Isnin lepas, lapan lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal dan India dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.