Wanita ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting

13 Nov 2026, 3:33 PM
Wanita ditemukan maut dipercayai dijerut anak sendiri di Banting

SHAH ALAM, 13 NOV: Seorang wanita ditemukan maut dipercayai dijerut pada leher oleh anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999 kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, manakala motif kejadian masih dalam siasatan.

Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.