Jerebu: Johan Setia, Banting catat IPU tidak sihat

5 Sep 2026, 9:24 AM
Jerebu: Johan Setia, Banting catat IPU tidak sihat

SHAH ALAM, 5 SEPT: Johan Setia dan Banting menjadi dua kawasan di Selangor yang merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat jam 5 petang ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kedua-dua kawasan itu masing-masing merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 159 dan 108.

Enam kawasan di Sarawak pula merekodkan bacaan sangat tidak sihat dengan Kuching mencatat IPU tertinggi, iaitu 271.

Ia diikuti IPD Serian dengan bacaan 243, Sri Aman (237), Samarahan (211), Bintulu (210) dan Samalaju (208).

Beberapa lokasi lain di Sarawak turut berada pada tahap tidak sihat antaranya ILP Miri dengan bacaan 191, Mukah (189), Miri (184), Sarikei (180), Sibu (176), Limbang (162) dan Kapit (152).

Sementara itu, Kimanis di Sabah dan Labuan masing-masing merekodkan bacaan IPU 170, diikuti Bukit Rambai, Melaka (158), Batu Pahat, Johor serta Kota Kinabalu, Sabah masing-masing 157.

Nilai di Negeri Sembilan dan Segamat, Johor pula masing-masing mencatat bacaan 156, manakala Seremban, Alor Gajah dan Kluang masing-masing merekodkan IPU 155.

Turut berada pada tahap tidak sihat ialah Larkin, Johor (152), Putrajaya (151), Balok Baru Kuantan, Pahang (149), Port Dickson, Negeri Sembilan (114) dan Bandaraya Melaka (111).

Sebanyak 25 kawasan pula merekodkan IPU pada tahap sederhana, manakala 10 kawasan berada pada tahap baik dan tiada lokasi mencatat bacaan berbahaya.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.