Penjawat awam Selangor terima bantuan khas kewangan dua bulan gaji, disalur 21 Disember

13 Nov 2026, 9:40 AM
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas kewangan dua bulan gaji, disalur 21 Disember
Penjawat awam Selangor terima bantuan khas kewangan dua bulan gaji, disalur 21 Disember

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Kita Selangor 2026 sebanyak dua bulan gaji atau elaun, dengan bayaran minimum RM1,000 kepada penjawat awam sebagai penghargaan atas komitmen mereka menyampaikan perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu merupakan pengiktirafan terhadap usaha penjawat awam yang bertungkus-lumus menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri, khususnya menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Bantuan berkenaan turut meliputi anggota pentadbiran Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Pelaksanaan BKK Kita Selangor 2026 membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM100.31 juta menggunakan peruntukan tahun semasa.

Bayaran bantuan khas itu dijadual disalurkan pada 21 Disember 2026.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.