Selangor fokus pelancongan perniagaan, peruntuk RM8 juta tahun depan

13 Nov 2026, 9:32 AM
Selangor fokus pelancongan perniagaan, peruntuk RM8 juta tahun depan
Selangor fokus pelancongan perniagaan, peruntuk RM8 juta tahun depan
Selangor fokus pelancongan perniagaan, peruntuk RM8 juta tahun depan
Selangor fokus pelancongan perniagaan, peruntuk RM8 juta tahun depan

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8 juta kepada sektor pelancongan khususnya bagi menarik lebih ramai pelancong perniagaan atau MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Selangor merekodkan kehadiran paling ramai pelancong pada 2025 iaitu 8.4 juta pengunjung.

“Oleh yang demikian, pada 2027, potensi yang wujud hasil pelancongan perniagaan akan diteroka secara lebih aktif khususnya dalam segmen MICE selain usaha promosi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata Malaysia menjana impak ekonomi berjumlah RM5.11 bilion menerusi 464 acara MICE yang dilaksanakan setakat Oktober tahun ini.

King Sing dilapor berkata, 44 acara MICE dikenal pasti dianjurkan di Malaysia, dengan anggaran penyertaan 69,509 delegasi serta sasaran impak ekonomi RM1.03 bilion pada tahun depan.

Daripada jumlah itu, lapan acara MICE berjaya dipindahkan ke Malaysia susulan krisis global di Asia Barat dan dijangka menjana impak ekonomi RM84.87 juta.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.