RM1 juta perluas pelaksanaan Selangor Care Navigator

13 Nov 2026, 8:34 AM
RM1 juta perluas pelaksanaan Selangor Care Navigator

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1 juta bagi memperluas pelaksanaan Selangor Care Navigator atau Skuad Rakan Penjaga Selangor pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu bertujuan menghubungkan individu dan keluarga yang memerlukan penjagaan dengan perkhidmatan, bantuan serta agensi berkaitan.

“Bagi tahun 2027, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi meneruskan Selangor Care Navigator ke fasa pelaksanaan yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, skuad berkenaan berperanan mengenal pasti keperluan penjagaan di peringkat komuniti selain menyediakan panduan dan maklumat kepada keluarga yang memerlukan.

Katanya, pelaksanaan program pada tahun ini memberi tumpuan kepada pembangunan kerangka, pemetaan fungsi dan peranan serta penyediaan terma rujukan.

“Persediaan turut meliputi garis panduan, prosedur operasi standard serta mekanisme pelaksanaan dan pemantauan,” katanya.

Belanjawan Selangor 2027 bertemakan ‘Selangor Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni’ memperuntukkan RM3.3 bilion, merangkumi RM1.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.4 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.