Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak

13 Nov 2026, 7:39 AM
Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak
Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak
Belanjawan Selangor 2027: Peruntukan RM3.3 bilion, tumpu lima tonggak

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM3.3 bilion dalam belanjawan 2027 bagi melaksanakan perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sejumlah RM1.9 bilion bersamaan 57.6 peratus untuk perbelanjaan mengurus, manakala RM1.4 bilion atau 42.4 peratus bagi pembangunan.

Jelasnya, negeri turut menganggarkan hasil yang mampu dikutip sebanyak RM2.85 bilion tahun depan meliputi premium tanah berjumlah RM1.112 bilion bersamaan 39 peratus daripada anggaran hasil.

"Seterusnya, Cukai Tanah diunjurkan menyumbang RM653.82 juta bersamaan 23 peratus daripada hasil keseluruhan, manakala pemberian Persekutuan sebanyak RM292.70 juta bersamaan 10 peratus," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 bertemakan Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Tahun lalu, Selangor memperuntuk RM3.23 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri.

Belanjawan Selangor 2027 akan berasaskan lima tonggak berikut:

Pertama: Ketangkasan Menangani Perubahan Iklim dan Merekayasa Pembangunan Prasarana

Kedua: Memartabat Kesejahteraan Rakyat

Ketiga: Kecerdasan Buatan dan Ekonomi Negeri Selangor

Keempat: Memperkasa Pendidikan Sepanjang Hayat, Membina Generasi Progresif

Kelima: Pemantapan Khidmat Rakyat

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.