Semua kawasan rekreasi air terjun hutan simpan Selangor ditutup

11 Nov 2026, 11:00 AM
Semua kawasan rekreasi air terjun hutan simpan Selangor ditutup

SHAH ALAM, 11 NOV: Semua kawasan rekreasi air terjun dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor ditutup sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan langkah itu diambil sebagai usaha melindungi keselamatan orang awam susulan keadaan cuaca tidak menentu dan risiko di kawasan rekreasi air terjun.

"Orang awam adalah dilarang memasuki atau menjalankan sebarang aktiviti rekreasi di kawasan yang telah ditutup," menurut notis yang dikeluarkan JPNS.

Jabatan itu turut memberi amaran bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar arahan penutupan berkenaan.

JPNS pada masa sama menyeru orang ramai supaya memberikan kerjasama dan tidak mengambil risiko dengan memasuki kawasan yang telah ditutup.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi JPNS di www.forestry.selangor.gov.my.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.