Individu main mercun di lampu isyarat Klang, polis buka siasatan

10 Nov 2026, 12:46 PM
Individu main mercun di lampu isyarat Klang, polis buka siasatan

SHAH ALAM, 10 NOV: Polis sedang menyiasat kejadian seorang individu bermain mercun di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengku Kelana, Kawasan 1, Klang, yang membahayakan keselamatan orang ramai, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Lim Jit Huey berkata kejadian kira-kira 1 pagi itu tular melalui media sosial sebelum pihaknya menerima satu laporan polis berhubung insiden berkenaan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan cuai dengan bahan mudah letupan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya kepada pihak polis dengan menghubungi IPD Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video menerusi media sosial yang memaparkan seorang individu membakar mercun di persimpangan lampu isyarat berkenaan sehingga menghalang laluan dan menjejaskan pergerakan pengguna jalan raya.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.