Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh Selangor hingga 7 malam

4 Nov 2026, 8:49 AM
Amaran ribut petir, hujan lebat di seluruh Selangor hingga 7 malam

SHAH ALAM, 4 NOV: Seluruh Selangor diramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan keadaan cuaca sama turut dijangka melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan dan Melaka.

Amaran turut melibatkan seluruh Perlis, selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Pokok Sena, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi Pulau Pinang, amaran dikeluarkan untuk Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan, manakala di Perak melibatkan Kerian, Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Larut Matang, Selama dan Batang Padang.

Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Machang, sementara di Terengganu membabitkan Kemaman, Besut, Hulu Terengganu dan Dungun.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Kuantan, Pekan, Maran dan Jerantut di Pahang serta Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kluang dan Segamat di Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat merangkumi Sibu, Bintulu, Mukah, Sarikei, Miri, Marudi, Subis dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah, amaran melibatkan Kota Belud dan Ranau di Pantai Barat, Kinabatangan dan Sandakan serta Lahad Datu dan Kalabakan di Tawau.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

"Amaran itu bersifat jangka pendek dengan tempoh sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.