YIDE beri sokongan moral, salur pek bantuan kepada mangsa banjir di Ijok

6 Nov 2026, 10:38 AM
YIDE beri sokongan moral, salur pek bantuan kepada mangsa banjir di Ijok
YIDE beri sokongan moral, salur pek bantuan kepada mangsa banjir di Ijok
YIDE beri sokongan moral, salur pek bantuan kepada mangsa banjir di Ijok

SHAH ALAM, 6 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) menyalurkan 15 Pek Prihatin kepada keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Ijok, Kuala Selangor, hari ini.

Misi bantuan itu diketuai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE, Suhaimi Ismail, bersama Pengurus Bahagian Operasi Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair Azizan serta pegawai yayasan berkenaan.

Menurut YIDE, penyaluran bantuan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan yayasan berkenaan untuk membantu masyarakat yang terjejas akibat bencana, khususnya keluarga yang memerlukan sokongan ketika berdepan kesukaran.

“Selain menyampaikan sumbangan, kehadiran pasukan YIDE di PPS turut bertujuan memberikan sokongan moral kepada mangsa yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing akibat banjir.

“YIDE berharap sumbangan itu dapat meringankan beban keluarga terjejas sepanjang tempoh berada di PPS, selain mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian berkenaan,” kongsinya di Facebook.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.