Cuaca buruk landa Klang, MBDK selesai 41 aduan pokok tumbang

5 Nov 2026, 5:08 AM
Cuaca buruk landa Klang, MBDK selesai 41 aduan pokok tumbang
Cuaca buruk landa Klang, MBDK selesai 41 aduan pokok tumbang
Cuaca buruk landa Klang, MBDK selesai 41 aduan pokok tumbang

SALAM, 5 NOV: Sebanyak 41 aduan pokok tumbang akibat cuaca buruk yang melanda beberapa kawasan di Klang semalam berjaya diselesaikan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

MBDK menerusi Facebook memaklumkan tindakan pantas dilaksanakan Skuad Pantas MBDK dengan kerjasama beberapa jabatan, bomba dan orang awam bagi memastikan keselamatan penduduk serta kelancaran lalu lintas.

"Sebahagian besar kejadian pokok tumbang dan halangan jalan telah berjaya diselesaikan, manakala beberapa lokasi masih memerlukan tindakan susulan," menurut hantaran itu.

Antara kawasan terjejas yang selesai ditangani ialah Persiaran Pegaga, Taman Sri Andalas, Taman Klang Jaya, Taman Sentosa, Bandar Botanik, Pandamaran, Pelabuhan Klang dan Kapar.

Kerja pembersihan turut diselesaikan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Sekolah Rendah Agama Al-Ainani dan Sekolah Rendah Agama Kampung Raja Uda.

Selain pokok tumbang, MBDK menerima dua aduan bumbung diterbangkan angin di Lorong Mastika dan Jalan Pandamaran Jaya 12, Pelabuhan Klang, manakala kejadian tiang tumbang di hadapan Masjid India, Jalan Tengku Kelana selesai ditangani.

Bagaimanapun, lapan lokasi masih memerlukan tindakan susulan termasuk Apartment Taman Klang Jaya, Lorong Serampang 6, laluan ke Bukit Klang berhampiran bulatan Simpang Lima dan Padang Sekolah Rendah Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi.

Lokasi lain ialah Jalan Pandamaran Jaya, Jalan Bendahara 55, Jalan Lang di Taman Berkeley serta Butterfly Park, Bukit Tinggi 2.

"Kerja pembersihan di Apartment Taman Klang Jaya memerlukan penggunaan jentera skylift atau backhoe, manakala di Jalan Bendahara 55, terdapat pokok tersangkut pada longkang dan wayar elektrik," menurut MBDK.

MBDK turut menghargai kerjasama semua jabatan, agensi dan orang awam yang membantu menangani kesan cuaca buruk berkenaan.

Kategoripbt

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.