Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 9 malam

30 Okt 2026, 11:01 AM
Amaran hujan lebat di KL, enam daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 30 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Kuala Lumpur serta enam daerah di Selangor sehingga 9 malam ini.

Enam daerah di Selangor yang dijangka terkesan ialah Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Amaran sama dikeluarkan melibatkan beberapa Kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.