SELKitar bakal diperluas ke pangsapuri, kondominium tahun depan

23 Okt 2026, 8:00 AM
SELKitar bakal diperluas ke pangsapuri, kondominium tahun depan
SELKitar bakal diperluas ke pangsapuri, kondominium tahun depan
SELKitar bakal diperluas ke pangsapuri, kondominium tahun depan
SELKitar bakal diperluas ke pangsapuri, kondominium tahun depan

SHAH ALAM, 23 OKT: KDEB Waste Management (KDEBWM) bercadang memperluas program Selangor Kitar Semula (SELKitar) ke kediaman strata termasuk pangsapuri dan kondominium mulai tahun depan.

Pengarah Urusannya Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata cadangan itu susulan sambutan menggalakkan daripada penduduk, termasuk penghuni kediaman strata yang turut berminat menyertai program berkenaan.

Menurutnya, SELKitar berjaya mengumpul lebih 531,000 kilogram (kg) bahan kitar semula sejak diperkenalkan pada Mei tahun lalu, dengan kutipan melebihi 50,000kg direkodkan sehingga Julai tahun ini.

“Dari segi data, sehingga Julai tahun ini kita telah kumpul lebih 50,000 kilogram (kg) sampah kitar semula dan sejak mula diperkenal 531,000kg menerusi program ini.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media selepas majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik KDEB Waste Management bersama Chevron/Caltex (Pelaksanaan Starcard) di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam pada 30 September 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kutipan ini melibatkan hampir 400,000 rumah dan buat masa ini, lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) sertai program ini manakala empat lagi telah laksana dari awal…kita cadang mahu gabungkan semua PBT,” katanya kepada Media Selangor.

Ramli berkata pihaknya berharap Kerajaan Negeri dapat menambah peruntukan bagi membolehkan program itu diperluas ke kawasan lain di seluruh Selangor.

Jelasnya, peruntukan tambahan diperlukan bagi meningkatkan jumlah lori khas kitar semula untuk memenuhi keperluan pelaksanaan program di kawasan lebih luas.

“Cadangan saya kalau mahu lanjutkan lagi, nak minta permohonan Kerajaan Negeri untuk berikan peruntukan sama atau tambah untuk kawasan lagi besar bermula tahun hadapan.

“Sekarang kita dedicated 23 lori khas untuk program SELKitar sahaja di lapan PBT dan perlu ada penambahan lori untuk perluas perkhidmatan di kawasan lain,” katanya.

Program SELKitar yang dilaksanakan KDEBWM bermula Mei tahun lalu melibatkan lebih 50 taman perumahan dan sebagai permulaan dilaksana di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Langkah perlu dipatuhi untuk membuang barangan kitar semula:

1. Asingkan bahan kitar semula (plastik, kertas, tin, kadbod, kotak minuman)

2. Bersihkan dan keringkan

3. Masukkan dalam kotak atau beg plastik

4. Letakkan di luar rumah mengikut jadual kutipan

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.