Hakim: Tiada istilah nafkah 50-50 dalam Islam, kewajipan suami ikut kemampuan

4 Nov 2026, 1:00 AM
Hakim: Tiada istilah nafkah 50-50 dalam Islam, kewajipan suami ikut kemampuan
Hakim: Tiada istilah nafkah 50-50 dalam Islam, kewajipan suami ikut kemampuan

SHAH ALAM, 4 NOV: Suami wajib menunaikan nafkah mengikut kemampuan dan keperluan, bukannya membahagi tanggungjawab itu sama rata dengan isteri, tegas ketua hakim syarie Selangor.

Menurut Nenney Shuhaidah Shamsuddin, keperluan asas yang perlu disediakan merangkumi makanan, minuman, tempat tinggal dan pakaian, selain aspek kesihatan serta kebersihan diri.

Ketua Hakim Syarie Selangor Nenney Shuhaidah Shamsuddin

Katanya, isteri yang bekerja boleh membantu menampung perbelanjaan secara sukarela, termasuk kos tambahan persekolahan anak jika pasangan memilih sekolah swasta di luar kemampuan suami.

“Dalam Islam, tiada istilah separuh-separuh. Di Malaysia, kita terbuka benarkan isteri bekerja untuk cukupkan keperluan keluarga. Dalam Islam, suami perlu sediakan semua mengikut kemampuan.

“Suami hanya benarkan isteri bekerja, jika isteri hendak bantu terpulang,” katanya menambah pemberian nafkah mengikut kemampuan suami tidak perlu diakad kerana ia wajib dilaksanakan.

Bagaimanapun, Nenney Shuhaidah menjelaskan suami yang memerlukan bantuan kewangan daripada isteri perlu membayar semula jumlah berkenaan kecuali jika dihalalkan oleh pasangannya.

Beliau mengingatkan golongan suami tidak berkira dalam perbelanjaan keluarga, sebaliknya mendahulukan keperluan isteri dan anak berbanding kepentingan peribadi termasuk hobi.

“Dalam Islam, hukum tidak memberi nafkah amat berat dan Rasullah SAW juga pernah berkata kalau hendak kaya senangkan isteri dan anak-anak, murahlah rezekinya.

“Keberkatan Allah SWT orang tidak nampak tetapi hukumnya wajib. Jika melengahkan, menafikan, beri tidak cukup tanggung akibatnya di akhirat,” tegasnya.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.