JAKESS anjur seminar tingkat kefahaman mengenai nafkah, hak penjagaan anak

13 Okt 2026, 10:56 AM
JAKESS anjur seminar tingkat kefahaman mengenai nafkah, hak penjagaan anak
JAKESS anjur seminar tingkat kefahaman mengenai nafkah, hak penjagaan anak
JAKESS anjur seminar tingkat kefahaman mengenai nafkah, hak penjagaan anak

SHAH ALAM, 13 OKT: Hak anak terhadap nafkah dan penjagaan perlu difahami serta dilindungi bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara, selaras dengan tanggungjawab ibu bapa menurut undang-undang syariah.

Perkara itu diberi penekanan menerusi Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Kelapan bagi Zon Gombak anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

JAKESS memaklumkan seminar bertemakan ‘Nafkah dan Hadhanah: Hak Anak, Amanah Ibu Bapa’ itu membincangkan tanggungjawab ibu bapa serta kepentingan menjaga hak anak menurut kerangka undang-undang syariah.

“Perbincangan forum memberi tumpuan kepada isu nafkah dan hadhanah, kepentingan pelaksanaan tanggungjawab ibu bapa serta perlindungan hak dan kebajikan anak menurut kerangka undang-undang syariah.

“Perkongsian ilmu daripada ahli panel diharap dapat membantu peserta memahami isu kekeluargaan Islam dengan lebih jelas,” menurut agensi itu dalam kenyataan.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin (duduk, tengah) bergambar bersama peserta Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Kelapan bagi Zon Gombak di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2026. Foto Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Dirasmikan Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin, seminar berkenaan menghimpunkan 350 peserta termasuk wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Peserta turut berpeluang mendapatkan penjelasan lanjut menerusi sesi soal jawab bersama ahli panel.

Menurut JAKESS, penganjuran seminar secara bersiri mengikut zon merupakan usaha berterusan untuk memperluas penyampaian maklumat dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap undang-undang syariah.

“Usaha ini diharap dapat melahirkan masyarakat yang lebih cakna terhadap hak dan tanggungjawab masing-masing, khususnya dalam aspek kekeluargaan Islam,” menurutnya.

Antara peserta Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri Kelapan bagi Zon Gombak tekun mengikuti perbincangan bertemakan ‘Nafkah dan Hadhanah: Hak Anak, Amanah Ibu Bapa’ di Pusat Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2026. Foto Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.