PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup, kempen 14 hari bermula

31 Okt 2026, 2:14 AM
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup, kempen 14 hari bermula

MELAKA, 31 OKT: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selesai selepas kesemua 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri ditutup pada 10 pagi ini.

Tempoh sejam bermula 9 pagi diperuntukkan bagi urusan penyerahan borang pencalonan sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan penutupan proses penamaan calon di pusat masing-masing.

Tumpuan kini terarah kepada pengisytiharan rasmi senarai calon yang layak bertanding serta jumlah persaingan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selepas berakhir proses penamaan calon itu, menandakan bermulanya kempen PRN Melaka selama 14 hari seperti ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam pada 13 Nov.

Calon Pakatan Harapan Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri tiba di pusat penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka ke-16 di Dewan Datuk Kapt (B) Hj. Ab Karim Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara pada 31 Oktober 2026. Foto Facebook BERNAMA

Tinjauan di beberapa pusat penamaan calon sejak awal pagi tadi mendapati penyokong hadir mengiringi calon parti masing-masing ke lokasi penamaan dalam keadaan terkawal.

SPR menetapkan 10 Nov ini bagi tarikh pengundian awal manakala 14 Nov sebagai hari pengundian.

Sebanyak 687,697 pengundi layak menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kali ini, terdiri daripada 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera bersama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.