Amirudin: ‘Melaka Rumah Kita’, PRN jadi platform jawab segala tohmahan 

31 Okt 2026, 8:03 AM
Amirudin: ‘Melaka Rumah Kita’, PRN jadi platform jawab segala tohmahan 
Amirudin: ‘Melaka Rumah Kita’, PRN jadi platform jawab segala tohmahan 

MELAKA, 31 OKT: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menjadi platform buat Pakatan Harapan (HARAPAN) menjawab segala tohmahan dan memperjelaskan persoalan yang dibangkitkan sepanjang kempen, kata Pengarah Pilihan Rayanya, Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, pengundi berhak mendapatkan maklumat tepat dan sahih bagi membolehkan mereka membuat pilihan berdasarkan fakta, tanpa dipengaruhi dakwaan mengelirukan daripada pihak lawan.

“Sepanjang kempen ini, HARAPAN akan menjawab segala tohmahan dan persoalan secara tegas,pantas serta berlandaskan fakta.

“Pengundi Melaka berhak mendapat maklumat yang tepat untuk membuat pilihan tanpa dimanipulasi oleh dakwaan mengelirukan daripada pihak lawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato’€™ Seri Amirudin Shari bersama jentera parti sebelum calon gabungan itu bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin memasuki Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, Amirudin mengingatkan semua calon HARAPAN supaya berkempen secara profesional dengan menjaga adab dan tingkah laku, selaras dengan prinsip kematangan politik yang diperjuangkan gabungan berkenaan.

Beliau turut mengesahkan kesemua 24 calon HARAPAN yang dikemukakan sebelum ini diterima dan sah bertanding selepas proses penamaan calon tanpa sebarang isu penolakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daripada jumlah itu, KEADILAN meletakkan 10 calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Ayer Limau, Rembia, Machap Jaya, Asahan, Paya Rumput, Kelebang, Ayer Molek, Rim dan Serkam.

DAP pula mempertaruhkan tujuh calon di DUN Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong dan Bandar Hilir.

Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato’€™ Seri Amirudin Shari bersama jentera parti sebelum calon gabungan itu bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin memasuki Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 31 Oktober 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Sementara itu, Amanah turut meletakkan tujuh calon masing-masing di DUN Kuala Linggi, Durian Tunggal, Bukit Katil, Telok Mas, Merlimau, Taboh Naning dan Sungai Rambai.

Mengulas permulaan kempen, Amirudin berkata HARAPAN mengangkat tema 'Melaka Rumah Kita' sebagai mesej utama gabungan itu dalam menghadapi PRN kali ini.

“Pakatan Harapan memulakan kempen secara rasmi dengan membawa tema Melaka Rumah Kita.

“Kelancaran urusan hari ini (penamaan calon) membuka lembaran baharu untuk calon turun bertemu rakyat, mendengar keperluan penduduk dan membentangkan tawaran bagi masa depan negeri,” katanya lagi.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.