PRN Melaka: Azman Abidin kemuka pencalonan di Paya Rumput

31 Okt 2026, 1:09 AM
PRN Melaka: Azman Abidin kemuka pencalonan di Paya Rumput

MELAKA, 31 OKT: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin tiba di Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat pada jam 8 pagi ini bagi mengemukakan pencalonannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Azman yang mengenakan baju Melayu berwarna biru laut hadir diiringi Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato’ Seri Amirudin Shari serta jentera parti yang mula berkumpul di lokasi berkenaan sejak awal pagi.

DUN Paya Rumput dijangka menyaksikan persaingan empat penjuru membabitkan HARAPAN, Perikatan Nasional (PN), Parti Bersama Malaysia (Bersama) dan calon Bebas.

Pada pilihan raya sebelum ini, kerusi berkenaan dimenangi Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun, Rais kini bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN kali ini.

Pengarah Pilihan Raya HARAPAN, Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di hadapan jentera parti sebelum calon gabungan itu bagi DUN Paya Rumput, Datuk Azman Abidin memasuki Pusat Penamaan Calon di Stadium Hang Jebat, Melaka, pada 31 Oktober 2026. Foto MEDIA SELANGOR

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), DUN Paya Rumput mempunyai seramai 46,521 pemilih berdaftar.

HARAPAN bertanding di 24 kerusi pada PRN Melaka kali ini selepas memutuskan untuk menambah tiga kerusi berbanding perancangan awal.

Proses penamaan calon berlangsung hari ini sebelum calon yang layak memulakan kempen selama 14 hari sehingga 11.59 malam, 13 November. Pengundian awal ditetapkan pada 10 November, manakala hari mengundi pada 14 November.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.