Ribut petir landa seluruh Selangor hingga 6 petang - MetMalaysia

17 Okt 2026, 8:14 AM
Ribut petir landa seluruh Selangor hingga 6 petang - MetMalaysia
Ribut petir landa seluruh Selangor hingga 6 petang - MetMalaysia

SHAH ALAM, 17 OKT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor sehingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 3.15 petang memaklumkan cuaca buruk itu turut dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.