Ribut petir landa lapan daerah di Selangor hingga 6 petang

18 Okt 2026, 7:55 AM
Ribut petir landa lapan daerah di Selangor hingga 6 petang

SHAH ALAM, 18 OKT: Lapan daerah di Selangor dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Gombak, Petaling, Klang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Menurut MetMalaysia, amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah, selain seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Kedah, kawasan terjejas meliputi Baling, Kulim, Bandar Baharu, Padang Terap dan Sik, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Amaran turut melibatkan Muallim, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang, Larut Matang, Selama dan Kerian di Perak serta Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

Di Terengganu, kawasan terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang, manakala di Pahang membabitkan Lipis, Cameron Highlands, Raub dan Bentong serta Seremban dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, amaran di Sarawak meliputi Samarahan, Serian, Sri Aman (Lingga dan Pantu), Betong (Kabong dan Pusa) serta Kuching, manakala di Sabah membabitkan Kudat (Kota Marudu dan Kudat), Pantai Barat dan Pedalaman.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran berkenaan bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.