Syarikat perladangan Malaysia tidak terbabit pembakaran hutan di Indonesia

27 Okt 2026, 8:36 AM
Syarikat perladangan Malaysia tidak terbabit pembakaran hutan di Indonesia
Syarikat perladangan Malaysia tidak terbabit pembakaran hutan di Indonesia

SHAH ALAM, 27 OKT: Kerajaan menafikan syarikat perladangan Malaysia terbabit dalam pembakaran hutan di Indonesia seperti didakwasebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara itu.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran yang dikesan bukan bermula di ladang milik syarikat Malaysia.

“Apa yang berlaku ialah api merebak dari kawasan lain. Syarikat perladangan tertakluk kepada piawaian kelestarian yang melarang pembakaran terbuka, termasuk Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) dan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)," katanya di Melaka, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan NGO berkenaan mengaitkan 21 syarikat mempunyai hubungan dengan Malaysia, sebagai berperanan dalam kebakaran hutan dan tanah di negara itu.

Kategoriglobal

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.