Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama kepada enam individu dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda di Balairung Seri, Istana Alam Shah, hari ini.
Istiadat tersebut turut diserikan dengan keberangkatan DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah serta kehadiran Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz.
Mendahului senarai penerima ialah Orang Besar Istana, Dato’ Paduka Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail yang dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.).
Turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ Seri bagi lelaki dan Datin Paduka Seri bagi wanita itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Berhad, Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah.
Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.) kepada Orang Besar Diraja, Dato’ Richard Alexander John Curtis dan bekas Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Dato’ Salim Soib.
Darjah kebesaran tersebut membawa gelaran Dato’ Setia bagi lelaki dan Datin Paduka Setia bagi wanita.
Terdahulu, berlangsung Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor.
Dalam istiadat berkenaan, Raja Dato’ Reza Alhaj Raja Dato’ Zaib Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Orang Besar Istana dengan gelaran Engku Sri Paduka Diraja, manakala Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj dikurniakan gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja.
Sultan Sharafuddin turut berkenan memasyhurkan Pengerusi Yayasan Jantung Malaysia, Dato’ Dr. Aljafri Tan Sri Abdul Majid sebagai Dato’ Diraja Selangor dengan gelaran Dato’ Sri Maharaja Diraja.
Istiadat tersebut turut menyaksikan penerima gelaran melafazkan ikrar taat setia dan menjunjung duli kepada Sultan Selangor, selain menerima keris panjang bagi penerima beragama Islam dan pedang bagi penerima bukan beragama Islam.
Istiadat yang berlangsung dengan penuh adat dan tradisi diraja itu dirakamkan oleh jurufoto Ahmad Zakki Jilan dan Khairul Helmy Mohd Din sekali gus mengabadikan antara detik bersejarah sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melakukan Istiadat Pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
Sebanyak 25 das tembakan meriam pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan bertitah ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan hadir Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Keris Panjang kepada Raja Dato' Reza Alhaj Raja Dato' Zaib Shah Alhaj yang dikurniakan gelaran pangkat Engku Sri Paduka Diraja pada Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Keris Panjang kepada Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Alhaj yang dikurniakan pangkat gelaran Tengku Orang Kaya Menteri Diraja pada Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Keris Panjang kepada Dato' Dr. Aljafri Tan Sri Abdul Majid dengan gelaran Dato' Sri Maharaja Diraja pada Istiadat Pemasyhuran Gelaran dan Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli Orang-Orang Besar Istana dan Dato’ Diraja Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) kepada Orang Besar Istana Dato' Paduka Syed Budriz Putra Jamalullail Syed Amir Abidin Jamalullail pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Mufti Selangor Dato' Setia Dr Anhar Opir membacakan doa pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berangkat meninggalkan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah, Klang pada 25 Oktober 2026. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan bergambar bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah pada 25 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR
Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Yang Mulia Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz berkenan bergambar bersama tetamu selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Baginda di Istana Alam Shah pada 25 Oktober 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR