Jerebu: Semua sekolah di Selangor dibuka seperti biasa esok, 23 Okt

22 Okt 2026, 7:58 AM
Jerebu: Semua sekolah di Selangor dibuka seperti biasa esok, 23 Okt

SHAH ALAM, 22 OKT: Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) akan beroperasi seperti biasa esok, Jumaat 23 Oktober.

JPNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat keadaan kualiti udara semasa.

Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak-anak juga dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Selain itu, semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut keadaan kualiti udara semasa.

Pentadbir sekolah turut diminta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta memberikan perhatian khusus kepada murid yang berisiko tinggi.

JPNS turut menasihatkan ibu bapa, penjaga dan warga sekolah supaya sentiasa merujuk saluran komunikasi rasmi jabatan atau pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat sahih dan terkini.

Setakat pagi hari ini, lima kawasan di Selangor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Klang dan Petaling Jaya mencatat bacaan tertinggi iaitu 155. 

Kategoriselangor

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.