Guru diserang pelajar: JPN Sarawak sedia beri sokongan psikososial

21 Okt 2026, 12:34 PM
Guru diserang pelajar: JPN Sarawak sedia beri sokongan psikososial

KUCHING, 21 OKT: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memandang serius insiden seorang guru cedera diserang pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa di sini hari ini.

JPN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kes tersebut dalam siasatan polis dan pihak institusi pendidikan swasta terlibat akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat belum disahkan atau berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan privasi serta kebajikan individu terlibat.

“JPN Sarawak telah berhubung dengan pihak institusi pendidikan swasta berkenaan dan bersedia memberikan sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga institusi yang memerlukan,” menurut JPN Sarawak.

Terdahulu, Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat, di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Pelajar tersebut ditahan pagi tadi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.