Cubaan seludup 57 warga Indonesia gagal, bot ditahan di Tanjung Karang

20 Okt 2026, 1:34 PM
Cubaan seludup 57 warga Indonesia gagal, bot ditahan di Tanjung Karang
Cubaan seludup 57 warga Indonesia gagal, bot ditahan di Tanjung Karang
Cubaan seludup 57 warga Indonesia gagal, bot ditahan di Tanjung Karang
Cubaan seludup 57 warga Indonesia gagal, bot ditahan di Tanjung Karang

SHAH ALAM, 20 OKT: Cubaan menyeludup masuk 57 warga Indonesia menggunakan laluan laut tidak diwartakan gagal apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot kayu di perairan Tanjung Karang awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot berwarna merah dan hitam tanpa nombor pendaftaran itu dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.7 batu nautika barat daya Tanjung Karang.

Menurutnya, penahanan dibuat selepas bot ronda Maritim Malaysia digerakkan susulan maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan manusia di kawasan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan seorang tekong berumur 23 tahun bersama dua awak-awak warga Indonesia berusia 18 dan 28 tahun.

“Seramai 54 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berada di atas bot itu, terdiri daripada 31 lelaki dan 23 wanita berumur antara 18 hingga 60 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata, pemeriksaan turut mendapati sebahagian PATI yang ditahan memiliki pasport, namun kemasukan mereka melalui laluan tidak diwartakan merupakan kesalahan imigresen.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan keluar negara melalui laluan tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) kerana disyaki cuba menyeludup migran ke Malaysia.

Kesemua 57 individu bersama bot berkenaan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk tindakan lanjut.

Beliau menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan kegiatan jenayah rentas sempadan dan akan terus mempergiat penguatkuasaan di perairan negara.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 013-660 6652 atau talian kecemasan 999.

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.