Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama digital, tangani isu media sosial

20 Okt 2026, 12:33 PM
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama digital, tangani isu media sosial

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Malaysia dan Indonesia membincangkan usaha mengeratkan kerjasama dalam sektor komunikasi dan digital termasuk pengurusan isu media sosial, hubungan dengan platform digital serta reformasi spektrum.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dengan Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia Meutya Hafid sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada Bali Tech Week 2026.

“Insya-Allah, hubungan Malaysia-Indonesia dalam bidang komunikasi dan digital akan terus erat, dengan kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata perbincangan juga merangkumi peranan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta kerjasama digital serantau.

Pada pertemuan itu, Fahmi turut menyampaikan jemputan kepada Meutya untuk menghadiri M360 ASEAN 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia selaras dengan perjanjian berbilang tahun antara Persatuan Sistem Komunikasi Mudah Alih Global (GSMA) dengan Malaysia bagi tempoh 2026 hingga 2028.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.