Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis

20 Nov 2026, 1:00 AM
Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis
Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis
Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis
Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis
Selangor dicadang wujudkan agensi khusus pengurusan bencana, perkukuh komunikasi krisis

SHAH ALAM, 20 NOV: Selangor perlu mewujudkan agensi khusus pengurusan bencana di peringkat negeri bagi menyelaraskan persiapan dan tindakan menangani krisis yang lebih kemas dan menyeluruh, kata tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaaffar.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Media Selangor mencadangkan agensi itu diketuai oleh seorang pengarah dari kumpulan jawatan pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam yang bertindak sebagai jurucakap pengurusan bencana dan krisis.

“Kita tidak mahu soal banjir ini hanya dibebankan kepada Menteri Besar sahaja sebaliknya perlu ada pihak yang bertanggungjawab menyelaras semua ketua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi di Selangor.

“Apabila berlaku sesuatu kejadian, pihak ini perlu mempunyai perancangan awal dan bertindak secara proaktif untuk menggerakkan semua agensi supaya bersedia menghadapi kesan banjir,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Lembaga Penasihat Media Selangor di Media Selangor, hari ini.

Jelas beliau, kejadian banjir yang berulang menuntut penyelarasan lebih berkesan antara agensi khususnya PBT bagi memastikan tindakan mendepani bencana dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan teratur.

Mengulas lanjut, Johan berkata pengarah berkenaan juga boleh berperanan sebagai jurucakap Kerajaan Negeri bagi menyampaikan perkembangan dan maklumat tepat kepada orang ramai ketika krisis.

“Dalam keadaan banjir, banyak berlaku panik kerana kadangkala orang ramai tidak mendapat maklumat yang tepat. Jadi, tugas ketua jabatan ini adalah memastikan media mendapat maklumat secukupnya untuk disampaikan kepada orang ramai.

“Kita tidak mahu media terpaksa mencari-cari bahan. Misalnya, ketika berlaku banjir besar, setiap petang perlu ada sidang media atau laporan daripada pihak berkenaan mengenai situasi sebenar,” katanya.

Johan berkata pengalaman mengendalikan pelbagai krisis sebelum ini antaranya pandemik Covid-19, kehilangan pesawat dan tragedi Highland Towers menunjukkan kepetingan penyelarasan antara agensi serta penyampaian maklumat yang jelas dan pantas kepada rakyat.

“Laporan berkala itu perlu merangkumi perkembangan terkini dan tindakan yang sedang dilaksanakan. Ini penting supaya maklumat dapat disampaikan secara menyeluruh dan teratur,” katanya.

Ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 17 November, EXCO Pengurusan Bencana, Mohd Najwan Halimi berkata negeri ini merekodkan kerugian akibat banjir berjumlah RM52.9 juta pada 2025, meningkat berbanding RM22.6 juta pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata kerugian itu melibatkan kerosakan infrastruktur sebanyak RM26.6 juta, kediaman (RM15.3 juta), sektor pertanian (RM9.6 juta), premis perniagaan (RM1 juta) dan kenderaan (RM0.4 juta).

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.