Ketua Pengarah AKPS sedia hadapi pertuduhan di mahkamah esok

20 Okt 2026, 4:18 AM
Ketua Pengarah AKPS sedia hadapi pertuduhan di mahkamah esok

SHAH ALAM, 20 OKT: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain bersedia menghadapi proses perundangan susulan pertuduhan yang dijadualkan terhadapnya di Mahkamah Majistret Sepang, esok.

Beliau dijangka berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu.

Mohd Shuhaily menegaskan usaha membawa perubahan bagi memperbaiki keselamatan sempadan negara mempunyai harga yang perlu dibayar, termasuk melibatkan dirinya sendiri.

"Esok, saya bersedia untuk menghadapi proses sistem perundangan negara. Saya reda dan menghormati apa juga keputusan dan akan hadir ke mahkamah," katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.

Beliau turut mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai proses pertuduhan terhadapnya yang dijadual berlangsung di Mahkamah Majistret Sepang, pagi esok.

Dalam pada itu, Mohd Shuhaily merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang beliau melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Saya juga berterima kasih kepada mereka yang terus mendoakan dalam mempermudahkan saya menjalankan tugas," katanya.

Kategorinasional

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.